Home » General » Berita Bodoh Tabung Haji Lagi: Gunalah Duit Zakat Untuk Bailout, Negara Kita Makin Menghampiri Failing State, Tetapi Belum Failing State. Kenapa?

Berita Bodoh Tabung Haji Lagi: Gunalah Duit Zakat Untuk Bailout, Negara Kita Makin Menghampiri Failing State, Tetapi Belum Failing State. Kenapa?

 

Saya bacalah berita terkini bahawa Bank Negara akan take over pengurusan Tabung Haji.


  • MoF umum Tabung Haji akan dikawal selia oleh Bank Negara.
  • menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh
  • model baharu operasi TH akan diteliti JPM, MoF, BNM dan TH.
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas TH 
  • Akta Tabung Haji, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin kerajaan

My Comments: Pula ! Jadi what happened to the geng yang makan gaji beratus ribu Ringgit dan berjuta Ringgit yang dulu pernah jadi Pengerusi, Pengarah, CEO, Pengurus Kanan, Pengurus Kiri, Pengurus Depan dan Belakang? What happened to all of them? Dari kecil mereka diasuh dalam sistem sekolah asrama penuh, belajar free dengan biasiswa duit rakyat, belajar overseas free guna duit rakyat dsbnya. Apa sudah jadi dengan all that duit rakyat yang telah di belanjakan atas puak-puak ini? At last TH di ambil alih oleh Penjawat Awam pula. What a joke.

Saya ada sedikit soalan lah. Jadi kalau Bank Negara take over TH, maksudnya labu sudah jadi selamat ke?  Sudah lupa ke Bank Negara pun pernah kena RCI atas “kerugian” RM37 Billion Forex dulu. Have you forgotten? 

And then nama seorang ex-Governor Bank Negara pula jadi “terharum” berkenaan isu ‘saya tak terlibat dengan duit 1MDB‘.  Have you forgotten?

Tuan-tuan saya ingin ingatkan kepada tuan-tuan sedikit berita lama.  Sewaktu pemerintahan Kleptocrat dulu, blog ini OutSyed The Box telah mendedahkan / pecahkan tembelang rancangan bodoh untuk melaburkan beratus juta duit TH  di projek “pembangunan semula” Detroit di Michigan di Amerika Syarikat.   (Detroit urban redevelopment). 

Sampai ke hari ini, kalau tuan-tuan Google ‘Abandoned neighborhoods in Detroit’  gambar-gambar berikut akan muncul :


Inilah keadaan Detroit sampai ke hari ini. Sudah hancur dan dalam keadaan abandoned. Ceritanya bukan lah panjang sangat – industri automotive sudah berpindah ke Kanada, Mexico, China dan tempat lain.  Maka Detroit pun padam.

The question is, takkan tidak ada syarikat gergasi property developer dan real estate developer di Amerika Syarikat yang berani nak buat redevelopment Detroit city center,  Detroit suburban redevelopment dan begitu? The fact is syarikat gergasi Amerika Syarikat pun tak berani melabur duit di Detroit. (It will take a long time. Slowly lah). 

Tetapi bebudak bodoh kita pula sudah setuju melabur duit tabung beratus juta Ringgit untuk Detroit redevelopment.  Jadi selepas al kisah itu bocor dalam blog ini (tidak ada sesiapa lagi yang telah menceritakan rancangan tak masuk akal itu) ‘signing ceremony’ yang telah dijadualkan di New York untuk pelaburan itu telah dibatalkan.  Jadi tanpa sebarang jawatan atau kedudukan pun blog ini telah selamatkan beratus Juta Ringgit duit penabung dan jemaah. You are welcome, you are welcome. 

Apa maksudnya Tuan-Tuan? Janganlah benci kepada orang lain pula. You create the problem and then you blame other people pula! Banyak cantik!

Anyway, beritanya bersambung lagi:




  • Kerajaan menyifatkan TH sebagai penting bagi kestabilan kewangan negara
  • keputusan letak TH di bawah kawal selia BNM menambah baik pengurusan TH 

OSTB : Kalau lah Tabung Haji bungkus, Kerajaan akan hilang pilihanraya. PM dan Kabinet akan terpaksa pencen atau cari hidup dengan menjual air suam mengelak Covid. Itu saja. 

Menteri Kewangan kata langkah itu bagi melindungi pendeposit 
sejajar dengan tadbir urus Pencegahan Rasuah (UNCAC)
penubuhan RC berhubung TH
kerajaan mendokong teguh Islam sebagai agama Persekutuan 
TH kekal sebagai agensi unggul pengurusan jemaah haji 

OSTB : Fuiyyo Zafrul. Sounds like a khutbah lah. Kau dah ambil air sembahyang ke ? 

  • saiz deposit, pelaburan RM82b (2021), 10% dpd sistem perbankan Islam
  • Pengeluaran deposit mendadak upaya cetus masalah kecairan perbankan Islam 
  • TH memegang RM36b sukuk korporat dan aset saham yang besar 

dianggotai cendekiawan syariah yang berpengetahuan dan berpengalaman 
Setiap pelaburan TH hendaklah patuh syariah dan penilaian pelaburan  

OSTB : Kalaulah depa berpengetahuan sangat habis pasal apa pula TH kena bailout, kena RCI pula? 

  • pendeposit TH akan terus menikmati jaminan kerajaan 
  • hak mutlak dan kepentingan pendeposit TH tidak akan terhakis

OSTB : Pandailah kau cakap. Tetapi the fact is Tabung Haji telah pun dibailout pada tahun 2019 oleh Menteri Kewangan Cina Kafir masa itu. Dengan guna duit rakyat RM19.9 Billion.  Kalau dah lupa ini dia :

Under the plan, which was unveiled last week, the SPV — to be owned by the Ministry of Finance — will acquire RM19.9 billion worth of TH’s underperforming properties and equities at book value.

In exchange, the SPV will issue RM10 billion in seven-year sukuk, which will be fully subscribed by TH, along with RM9.9 billion in Islamic redeemable convertible preference shares (RCPS-i), with no maturity or dividend.

“The SPV will then work on selling the assets that were transferred to them. They don’t sell the assets immediately, of course … they will rehabilitate and maximise recovery of those assets. Whatever [cash] they get out of it will be used to settle the sukuk and the RCPS-i” 

The sukuk is redeemable at any time without penalty (ha ha ha).

Of the assets to be transferred to the SPV, 80% of the total value comprises equities with properties accounting for the balance 20%”

OSTB : Saya setuju sukuk RM10 billion itu bukan wang tunai ‘out of pocket’ oleh taxpayer tetapi sukuk RM10 billion itu adalah liabiliti (hutang) oleh syarikat SPV yang menjadi 100% kepunyaan taxpayers. Maksudnya duit bapak kita. Bukan duit bapak depa. That is our liability, the taxpayers liability. Please do not bullshit. 

Baki RM9.9 Billion itu macam mana pula? Bayar duit cash kita juga. 

Saya setuju dengan cadangan MAJU (pada masa itu) bahawa lebih elok Tabung Haji di bailout dengan guna duit zakat. Kenapa pula nak guna duit taxpayers funds? 

Kan kita ada tabung Zakat yang khususnya untuk bantu umat Islam?  So why not guna duit zakat untuk tampal bocor di atap Tabung Haji? 

Jawapannya ialah kalaulah duit zakat pula ‘rugi’, pengundi Melayu bakal mengamuk psycho. Perdana Menteri dan seluruh Kabinet akan hilang kerja. Mungkin terpaksa tunggu bantuan makanan Persatuan Kebajikan Tamilar Muthalil Edduttu Kuduttevar  dan sebagainya. So it is safer to use taxpayers money. Senang saja. Tak payah fikir panjang. 

Kan Zafrul sudah kata : duit tabung EPF saja hampir RM1.0  T R I L L I O N !!

Seronoklah kita boleh shopping ‘mega bailout sale’. 

Wa Akhirul Kalam, Wa Akhiru Da’waana Anil-Hamdulillahi Rabbil A’lameen  kepada tuan-tuan yang tidak faham apa pun berkenaan perjalanan ekonomi negeri, ekonomi negara atau ekonomi dunia, faham sajalah bahawa ini lah rahsia kenapa negara kita belum lagi menjadi Failed State. Tetapi memang kita on the way.

Sebab EPF mempunyai duit tabung hampir RM 1.0 Trillion. Duit yang boleh digunakan untuk membeli sukuk Islamic bonds tadi. 

Sebab setiap tahun Kerajaan masih mengutip pelbagai hasil cukai beratus billion Ringgit daripada rakyat marhaen yang boleh digunakan untuk bailout sesiapa pun.  

Soalan ajaib ialah kenapa (why) EPF boleh mengutip duit RM1.0 TRILLION itu? Soalan ajaib ialah kenapa (why) Kerajaan boleh mengutip hasil cukai beratus billion Ringgit setiap tahun? 

Jawapannya ialah kerana pada setiap pagi masih terdapat puluhan juta rakyat marhaen, rakyat negara kita, daripada pelbagai kaum, agama, bahasa dan bangsa yang rajin bangun pagi, mereka gosok gigi, mereka minum kopi dan mereka keluar bekerja di tempat kerja, bekerja di pejabat, bekerja di kilang, bekerja di gedung, menjaga kedai mereka, menjaga ladang mereka, menanam sayur dan buah-buahan, menanam kelapa sawit dan padi, mereka menjaga bisnes, kilang dan perniagaan mereka dan daripada hasil kerja dan usaha mereka maka mereka pun bayar cukai pendapatan, cukai koporat, cukai jualan (sales tax), cukai tanah, cukai pintu, cukai impot, cukai levi pekerja asing, cukai pevi pekerja rumah, kompaun Covid, kompaun parking kereta di yellow line dan berpuluhan jenis cukai dan duti lagi yang semuanya menjana hasil kutipan cukai Kerajaan bernilai beratus billion Ringgit setiap tahun.

Dan pada setiap hujung bulan semua mereka ini juga masuk duit dalam tabung EPF. Kilang Carlsberg, Casino Genting Highlands serta pekerja mereka semuanya membayar cukai dan membuat caruman masuk tabung EPF.

Jadi kalau kau nak jadi Failed State, atau kau nak biarkan Tabung Haji bankrap ke, atau Felda bankrap ke, senang saja. All you have to do is kau halang rakyat marhaen daripada bekerja, daripada berniaga, daripada menanam sayur dan durian.

Kau jangan bagilah doktor muda mendapat permanent posting. Pokok durian itu kau pi tebanglah, bukan sebatang dua batang tetapi kau tebang 15,000 batang pokok durian. Budak 4A STPM minta masuk medicine kau tak bagi, kau bagi dia nursing pula.  Elok lah, You keep doing this and see what will happen in 10 – 15 years. Saya jamin lah negara kita akan menjadi Failed State. 

But keep this in mind – siapa yang akan miskin dulu?  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*