Home » General » Kempen Penerangan Covid Perlu Kena Sasaran

Kempen Penerangan Covid Perlu Kena Sasaran

 

Saya telah menerima kedua video berikut menerusi Whatsapp.  



Apa yang saya lihat adalah kegagalan sistem pendidikan negara dan kegagalan sistem mengajar agama dalam negara kita untuk mendidik sebahagian besar rakyat kita berkenaan sains, pemikiran secara lojik dan saintifik serta pemahaman asas-asas sains atau basic Science. 

Sebahagian besar masyarakat kita masih berada di tahap dua biji kelapa untuk menghalau hantu, minum air kelapa untuk mengelak HIV dan mengelak Covid, cincin batu serai untuk membawa tuah, tongkat ajaib untuk halau hantu sekali lagi dan banyak lagi kepercayaan simple yang lebih sesuai dengan skrip filem Indiana Jones di mana hero-nya Harrison Ford menemui puak-puak separuh bogel dalam hutan entah mana yang teruja dengan kepercyaan seperti ini.

In other words, kalau Harrison Ford datang ke Malaysia, dia tidak perlu kepada skrip Hollywood untuk membuat filem Indiana Jones.   Dia boleh terus ‘start shooting’.  Tak perlu make up, tak payah ‘props’ atau ‘costume’.  

Orang Melayu yang kena lebih memahami perkara ini.  Orang Melayu harus faham bezanya antara ‘ketawa’ dan ‘diketawakan’.  Antara ‘laughter’  dan ‘being laughed at’.

Sedih lagi ialah Covid ini musibah besar yang membawa maut, membawa sakit, yang penjarakan kita dalam rumah dan yang lumpuhkan rezeki dan pendapatan kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*