Home » General » Of Roaring Kittens And Chicken Sh_t Threats – Ku Li Pindah Kerusi, Kluster Mahkamah Pula Tak Mahu?? Apa Hal??

Of Roaring Kittens And Chicken Sh_t Threats – Ku Li Pindah Kerusi, Kluster Mahkamah Pula Tak Mahu?? Apa Hal??

Alamak so what has happened? Orang yang bising besar, yang threaten nak pull out of PN dan entah apa lagi duduk diam pula di Parlimen macam anak kucing happy main ekor dia sendiri.  Bukan saja Najib jadi Roaring Kitten tetapi bapak presiden pun senyap terus. 

                      

Yang menjadi gentleman dan hero adalah YM Tengku Razaleigh Hamzah yang terus angkat beg, kasut dan buku dan pindah tempat duduk di Parlimen ke bahagian ‘Bebas’. Maksudnya Ku Li tidak lagi sokong Kerajaan PN. A clear line drawn in the sand. Ku Li has stepped over that line. A man of his word.


And then keluar cerita bapak presiden sudah angkat kaki dan berjalan juga – berserta TIGA orang Ahli Parlimen UMNO yang lain.   

Tetapi ikut berita pagi ini pula Speaker Parlimen kata itu pun adalah berita palsu. Ini dia beritanya – in full.



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau tidak membenarkan permohonan empat Ahli Parlimen Umno menukar tempat duduk sedia ada di Dewan Rakyat yang dikemukakan seminggu sebelum Dewan bersidang.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut dan saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli Parlimen berkenaan.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, portal M______a D______e melaporkan selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, empat lagi wakil rakyat Umno dikatakan meminta supaya kedudukan mereka di Dewan Rakyat dipindahkan ke blok bebas.

Sumber memberitahu M______a D______e, keempat-empat Ahli Parlimen Umno berkenaan memohon pindah tempat duduk itu minggu lalu.

Mereka ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) yang juga presiden Umno, Ahmad Maslan (Pontian), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

“Zahid, Mat Maslan, Jazlan, Nazlan sebenarnya minta sama (pindah tempat duduk) seminggu sebelum sidang (Dewan Rakyat).

“Tapi speaker tidak benarkan,” kata sumber itu memetik laporan portal berkenaan.


OSTB : Pi dah mabuk !!  Tak payah tulis surat kepada Speaker pun. Kalaulah betul depa ni tak sokong PN, ikut saja contoh Tengku Razaleigh. Just get up and go and sit with the Bebas. Paperwork boleh setel kemudian.

And here is the trick tuan-tuan, Parlimen bersidang LIMA hari saja. Ini sudah hari ketiga. Tinggal dua hari saja. Tengoklah nanti depa kata tak cukup masa nak kasi notis tukar tempat duduk. Just wait and see.

Tuan-tuan semua ini mainan wayang saja. They are making fools of you. They are making fools of the Malays. That is what I see.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*