Home » General » Satu Lagi Masalah Besar Puak Lebai Malaysia : Mengeluarkan dan Mengekspot Pengganas Teroris

Satu Lagi Masalah Besar Puak Lebai Malaysia : Mengeluarkan dan Mengekspot Pengganas Teroris

 


Tuan-tuan, semalam dan pagi ini mesej WhatsApp penuh dengan gambar dan berita perbalahan antara dua lebai Cina mu’allaf pula.

Cina mu’allaf jadi lebai pun boleh bergaduh, nauzubillah.  Seorang itu Wahabi dan seorang lagi geng ‘tak-balik’ ke apa.  Dalam WhatsApp yang saya terima ada salinan Laporan Polis lah, gambar peliaq seorang tu lah, screenshot cakap lucah lah dan entah apa lagi. Rasa nak muntah. 

Depa ini memang tak ada kerja lain. Wanita, wanita, wanita, sex, sex, sex. Kepala hotak depa ini center kat situ saja.  

Depa mengaku menjadi ‘pendakwah’ (daa’ee), pejuang agama dan entah apa lagi. Tetapi seorang itu tuduh seorang lagi sudah kena sentuhan kecundang. Kalau betul-lah gambar itu peliaq dia yang punya then dia kena explain lah. Yang seorang lagi pula sudah naik berahi nak goncang batang kelapa lawan dia, sampai semua buahnya jatuh. 

All the best to you two braders ok. This is what is called ‘talking co*k’ yang first class.  

And then keluar pula berita seorang lagi lelaki Malaysia dihukum penjara 15 tahun di Somalia atas tuduhan teroris, berperang, membunuh, menembak dan meletupkan negeri orang lain pula. 

Memang tak ada kerja lain-lah depa ini. Kita bersyukurlah negara kita aman, tak ada berperang atau bergaduh senjata antara puak lebai. Dalam negara kita Polis dan SB kita jaga ketat kepala-kepala setan ini. 

Jadi apa depa buat? Ada pula geng depa ini pergi ke negeri orang lain pula untuk buat onar. Ini ceritanya:

Boleh duduk selekeh 15 tahun, makan roti kurus dalam penjara Somalia


  • Somalia sentenced 2 foreigners Thurs, 15 years prison, for Al-Shabaab
  • identified as 44-yr British, 34 yr old Malaysian. 
  • sentenced 15 years, guilty of recruiting foreign terrorist for al Shabab
  • trial judge Ali Nor Shute, most efficient judge in Somalia
  • Judge credited for robust judgements in al Shabab trials
  • both entered Somalia from Kenya in 2009
  • they fought with al Shabab in southern and central Somalia
  • Malaysian took part in insurgency in Galgadud against Ahlu Sunna 
  • Both left to join ISIS but sea voyage to Yemen (not) succeeded
  • April 18, 2019 captured by Puntland forces, handed over to Somali govt
  • Al Shabab frequently uses foreign nationals to carry out attacks 
  • Foreign fighters took part in raid at Amaara military base
  • In January foreign fighters took part in raid in Kenya which killed 3 Americans 
  • Somalia intensified fight against al Shabab / ISIS  
  • al Shabab has lost grip in several areas 

My comments :

Dulu daripada tahun 1948 hingga 1989 (41 tahun lamanya) yang mengganas dan membuat onar dalam negara kita adalah pengganas komunis, geng Chin Peng dan pelakon-pelakon sokongan mereka seperti puak-puak sosialis pro Marxists / Leninists.

Komunis itu membuat onar secara “full spectrum” atau pada semua pelusuk dan penjuru.

Yang pegang senjata menembak dan membunuh pasukan tentera, polis dan orang awam. 

Yang pandai  labour union masuk persatuan pekerja untuk menghasut pekerja untuk mogok, tak mahu kerja, sabotaj dan begitu. Setan betul.

Komunis yang intelektual (konon) pula cuba menyusup masuk suratkhabar, cuba pengaruh bebudak sekolah dan profesor di universiti pun ada.  

Ada juga beberapa pro-komunis dikenal pasti cuba mendekati pemimpin politik dan di tangkap dan dipenjarakan. 

Itulah maksudnya mereka buat onar secara “full spectrum”.

Pada 1989 (Fall of Berlin Wall) riwayat komunis di seluruh dunia pun tamat lah. Eksperimen dangkal Friedrich Engels dan Karl Marx sejak 1848 pun akhirnya terbukti gagal. 

Kita bersyukurlah kepada Allah swt bahawa Russia Komunis (USSR) jatuh pada 1992. Pada 1989 juga Republik Komunis China pun bertukar haluan. Mereka tidak lagi jadi komunis – cuma mereka berpegang kepada one-party system tetapi mereka tersangat berjaya majukan masyarakat dan negeri China. Kita bersyukurlah kepada Allah swt bahawa negeri China pasca komunis begitu maju dan berjaya menampong keperluan hidup seluruh dunia kita. 

Balik ke negara kita, setelah ancaman komunis sudah lenyap diganti pula ancaman pelbagai puak-puak agama, selalunya dipimpin puak-puak lebai yang sangat kosong fikiran mereka dan sangat terbantut hujah intelek mereka.

Mereka hanya tahu guna paksa dan kekerasan saja untuk menegakkan hujah. Samada kekerasan mengganas yang melanggar undang-undang jenayah negara atau kekerasan mengikut undang-undang yang mereka menjadi pendokongnya.

Segala pemahaman dan ‘full spectrum’ undang-undang mereka boleh disimpulkan dalam dua perkataan sahaja ‘TIDAK BOLEH’.

Mereka mengambil pendekatan ‘TIDAK BOLEH’ untuk menonjolkan diri sebagai lebih baik atau ‘holier than thou’ daripada orang lain. Mereka sangat convinced mereka boleh majukan masyarakat dengan pendekatan TIDAK BOLEH. 

Dalam perkembangan minda dan intelek mereka main watak ‘TAK BOLEH’.

Dalam perkembangan seni, budaya, musik, penulisan mereka main watak TAK BOLEH.

Dalam perkembangan masyarakat dan kepelbagaian kaum mereka main watak TAK BOLEH.

Dalam pergaulan antara masyarakat, sambutan dan penghormatan antara budaya mereka main watak TAK BOLEH. 

Dalam makan nasi, menyediakan makanan, (termasuk makanan kucing) mereka main watak TAK BOLEH.

Dalam sukan, riadah dan aktiviti KOKURIKULUM sekolah mereka main watak TAK BOLEH.

Tanpa dua perkataan TAK BOLEH ini maka mereka pun akan menjadi extinct spesies. 

(Sebiji serupa dengan ahli politik dangkal yang yakin boleh memperkayakan masyarakat dengan cara menambahkan beban cukai yang lebih tinggi atas orang biasa – untuk merampas lagi banyak duit kocek rakyat marhaen.) 

Jadi perbalahan antara kedua muallaf Cina yang tersebut di atas tadi dan juga al-kisah bodoh orang yang dipenjarakan 15 tahun di Somalia itu semuanya berkisar, berputar dan berpusat kepada tahap fahaman TAK BOLEH masing-masing.

Muallaf Wahabi kata geng tak-balik itu ‘TAK BOLEH’. 

Muallaf ‘tak-balik’ pula kata geng Wahabi ‘TAK BOLEH’.

Di Somalia pula pengganas al Shabab kata mazhab lain ‘TAK BOLEH’.   

Jadi mereka semua mempunyai ‘senarai’ TAK BOLEH yang berbeza. 

Mungkin serupa perbezaan antara spectrum 4G, 5G, WiFi, VHF, UHF dsbnya. 

Mereka rasa ‘spectrum’ mereka saja yang ‘best in the world’ dan semua orang mesti mengikuti mereka.

Maksudnya semua orang mesti mempersetujui senarai ‘TAK BOLEH’ yang serupa. 

Jadi salah siapa agaknya semua masalah ini? 

Jawapannya simple : salah Tuan-Tuan lah. This is your fault.

Tuan-Tuan sanggup terpedaya oleh puak-puak dangkal yang tidak mempunyai hujah apa pun kecuali senarai TAK BOLEH mereka. 

Jangan dengar cakap mereka. Itu saja. 

Masa depa cakap, depa boleh sembur air liur seperti kita siram air atas pokok. Itu saja modal mereka – air liur yang free. 

Cuba minta puak-puak ini tolong kasi Sijil Jaminan Masuk Syurga. Boleh tak? Suruh dia untuk garenti boleh masuk syurga. Tak boleh juga. Depa tak berani. 

Depa cakap berjela-jela, sampai mulut berbuih macam sakit sawan tetapi nak jamin garenti masuk syurga tak boleh.

Kalau TAK BOLEH dia naik marah lah. And then from there its downhill-lah. All the way to Somalia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*