Home » General » Surat Pembaca Khairi Berkenaan MACC, Rasuah Dan Menghabiskan Beras

Surat Pembaca Khairi Berkenaan MACC, Rasuah Dan Menghabiskan Beras

 


Jika MACC yang banteras rasuah pun sama gila sebat duit rasuah maka tak guna berjuta2 duit pembayar cukai diperuntukkan untuk tanggung kos operasi.

MACC, lebih baik duit banyak tu diperuntukkan untuk rakyat buka peluang pekerjaan bagi modal berniaga bagi ekonomi bergerak. 

Segala pengarah penasihat pesuruhjaya itu ini semua mengabiskan beras saja takda bagi balik modal pun.

Malaysia tak besar mana pun tapi sampai kena ada MACC. 

MACC pun tak guna. Kes rasuah masih tinggi juga. Malu pada negara kapir Norway, Sweden.

Boleh kah kita buat petisyen untuk letakkan MACC di bawah kawal selia Parlimen? 

Sama macam PDRM? Biar ketua dia orang sendiri yang kena jawab segala salah urus salah tadbir yang mana kos elaun, gaji segala kemudahan ditanggung oleh kita pembayar cukai?

Lagi berapa tahun agaknya rakyat Malaysia kena hadap segala bentuk rasuah yang tak habis habis ni. Kena tangkap dah masuk court masih boleh lepas. 

Dok pusing2 macam itu saja modus operandi rasuah orang besar ni. 

Tangkap dibawa ke court hanya wayang untuk tunjuk yang dia orang buat kerja. Lepas itu lepas. Semua prosedur hanya untuk buying time nak cari jalan untuk lepaskan diri daripada kena sumbat ke jel.


My comments : Percayalah sdra Khairi keadaan ini tidak akan berubah selagi masih ada orang Melayu :

1. yang tak tahu yang mana betul dan yang mana salah

2. yang mudah terpedaya dengan tipu-helah orang politik kononnya mereka membela agama, bahasa, bangsa, negara dan entah apa lagi. Semua itu adalah pembohongan.

3. yang terikut-ikut pembohongan orang politik dan lebai politik bahawa orang Melayu menghadapi ancaman Yahudi, Zionis, kristian, Chin Peng, bukan Melayu dan beratus jenis ancaman lagi. Ancaman yang sebesar-besarnya adalah pembohongan mereka. 

Tetapi ancaman yang terbesar yang menimpa orang Melayu pada setiap hari adalah kedangkalan kaum pemimpin yang tidak tahu menahu cara untuk majukan negara dan masyarakat kita kesemuanya. They have no good ideas. 

Setiap hari, daripada pimpinan tertinggi ke menteri, ke wakil rakyat, ke pimpinan peringkat negeri, pimpinan profesor dan akademik, lebai dan  semua sekali mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan tidak tahu memimpin negara dan masyarakat.

Menyekat aliran sungai, meluluskan menebang 75,000 ekar hutan atas sebab tidak mahu bayar ganti kerugian yang belum berlaku pun,  mengeluarkan kenyataan dangkal akan membela kebajikan pengganas teroris Melayu yang ditangkap di Somalia, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membela lelaki Melayu lembut yang memakai baju wanita yang ditahan di Bangkok, membazir wang dan tenaga kerja Penjawat Awam untuk mengesan lelaki lembut Melayu yang memakai baju wanita,  membunuh industri lojistik dengan syarat 51% saham bumiputera (tetapi syarikat asing pula dikecualikan syarat saham bumiputera) dan banyak lagi kenyataan dangkal yang tidak   membantu rakyat biasa, yang tidak membawa manfaat kepada rakyat marhaen dan tidak memajukan ekonomi negara secara keseluruhan.

Yang akan untung hanya orang kaya yang sikit dan berpengaruh yang mempunyai kabel-kabel besi. 

Kiraan kekayaan mereka bukan saja dalam Ringgit Malaysia tetapi juga termasuk matawang asing dah. 

Dan yang lebih celaka ialah mereka masih menjadi kaya dengan makan duit rakyat – duit kita.  Mereka tidak jalankan usaha mereka sendiri dengan menggunakan modal duit bapak-bapak mereka sendiri. 

Tanpa putus yang mereka baham macam harimau adalah duit rakyat.   Mereka menjadi jutawan duit rakyat.  Mereka menjadi Social Welfare Millionaires.

Kenyataan kerajaan berkata 580,000 isi keluarga sudah berhijrah daripada golongan M40 ke golongan termiskin B40. Melibatkan 2.3 Juta hingga 3.5 juta rakyat negara kita.

Siapa yang ambil peduli? Apakah mereka peduli? 

75,000 ekar tanah hutan akan ditebang.  Taukeh tebang pokok akan menjadi jutawan. 

Jika masih ada pokok yang tertinggal boleh lah golongan B40 duduk atas pokok – untuk elak bayar sewa rumah. 

Ataupun mereka akan terpaksa bayar sewa pokok juga – kepada golongan orang kaya yang monopoli pokok sekali? 

Sampai bilakah orang Melayu akan kekal buta, pekak dan bisu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*