Home » General » Taliban Buat Onar : Ekspot Dadah Heroin Bertambah. Allahu Akbar

Taliban Buat Onar : Ekspot Dadah Heroin Bertambah. Allahu Akbar

Tuan-tuan pada 17 hb Ogos 2021 saya telah memuat naik tulisan blog saya yang bertajuk berikut :  “The Taliban’s Opium Millionaires, Persamaan Dengan Pemimpin Politik Lebai Dan Melayu”.





Hari ini pula keluar berita dadah heroin TIGA TAN dari Afghanistan bernilai hampir RM12 BILION telah dirampas. 

Ini beritanya dan sila baca komen saya pada penghujungnya.


  • India rampas heroin dari Afghanistan bernilai RM11.37 bilion
  • Heroin tiga tan nilai RM11.37 bilion dari Afghanistan dirampas di India
  • dadah disimpan dalam dua kontena ditanda sebagai bedak talkum 
  • satu kontena mengandungi 2,000 (kg) heroin, satu lagi 1,000 kg 
  • dari Afghanistan dihantar menerusi Iran ke Gujarat.
  • dianggarkan bernilai RM11.37 bilion
  • Afghanistan pengeluar heroin terbesar dunia, 80-90 % pengeluaran dunia.
  • Pengeluaran heroin semakin berkembang pesat bantu pembiayaan Taliban 


  • (Reuters) – India Tues seized 3 tonnes heroin from Afghanistan US$2.72b
  • following takeover of the country by the Taliban
  • Afghanistan is the world’s biggest opiate supplier 
  • involvement of Afghan nationals under investigation
  • containers shipped from Bandar Abbas in Iran to Gujarat 
  • More than 2,988 kg of heroin recovered 

(Reporting by Sumit Khanna and Zeba Siddiqui; Editing by Nick Macfie)

My comments :

Sejak 1979 – 1989  USSR atau Rusia Komunis menakluk Afghanistan. Selama 10 tahun Amerika Syarikat membelanjakan berbilion US Dollar untuk membekal senjata kepada mujahidin Afghanistan  untuk menewaskan tentera Rusia Komunis.

Segala banyak duit itu disalurkan menerusi perisik dan tentera Pakistan. Jeneral Pakistan pun ambil-lah komisyen mereka dan lepaskan baki yang sikit sampai ke mujahedin di Afghanistan.

Dari tahun 1989 – 1994 (selepas Rusia Komunis telah berundur) berlaku perang saudara di Afghanistan antara pelbagai puak dan Taliban. Sekali lagi pihak Amerika salurkan berbilion US Dolar menyokong puak-puak pro Amerika (seperti Northern Alliance). Sekali lagi duit itu dibawa masuk menerusi Jeneral-Jeneral di Pakistan. Sekali lagi Jeneral-Jeneral Pakistan jadi kaya makan komisyen juga. 

Pada 1994 Taliban berjaya merampas kuasa di Afghanistan.  Duit Amerika pun kering.

Dont worry. Ekspot dadah heroin dari Afghanistan pun meningkat.  Puak Taliban jadi kaya dengan ekspot dadah heroin.  Agaknya Jeneral-Jeneral Pakistan langsung tidak terlibat ke?

Pada 2001 pula berlaku serangan 9-11 di New York. Pada tahun itu juga Amerika menakluk Afghanistan (atas sebab Osama Bin Laden duduk di Afghanistan). Jeneral-Jeneral Pakistan jadi kaya sekali lagi. Sebab Amerika terpaksa belanjakan berbilion US dolar dan menghantar tenteranya menduduki Afghanistan selama 20 tahun. Selama 20 tahun tentera Amerika di serang oleh gerila-gerila Taliban yang disokong secara rahsia oleh Pakistan. Tetapi oleh kerana Afghanistan tiada mempunyai pelabuhan tepi laut, segala duit dan senjata dari Amerika terpaksa melalui pelabuhan Karachi di Pakistan. Maka Jeneral-Jeneral Pakistan pun ambil komisyen mereka.

Sekarang tentera Amerika sudah cabut lari. Tiada lagi duit Amerika berbilion US Dolar memasuki Afghanistan melalui Karachi atau Pakistan.  Jadi sekarang musim kering dan kemarau bagi Jeneral-Jeneral Pakistan sekali lagi.

Walaupun Taliban sudah pecah (pro dan anti Pakistan) masih terdapat puak Taliban pro-Pakistan yang berpengaruh di Afghanistan.

Maka business lama pengeluaran dadah heroin pun akan dimajukan sekali lagi.

That is why dadah heroin Afghanistan TIGA tan bernilai hampir RM12 BILLION di rampas dari kapal yang sampai dari Iran ke India. Rasa-nya Jeneral-Jeneral Pakistan tidak terlibat ke dalam business ini?

The Taliban is back in business. 

The Pakistani Generals are back in business. 

The Iranian drug smugglers are  back in business.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*